Monday, 10 October 2011

Guru dikutuk kerana kenaikan gaji


Membaca status di atas dan komen-komen yang dilemparkan sangat memilukan hati bagi mereka yang bergelar seorang guru. Menuduh guru dengan pelbagai tohmahan.

Memang kami mengajar di sekolah setengah hari sahaja. Tapi tahukah anda selain daripada mengajar, guru juga dibebani dengan pelbagai kerja yang tidak dilihat dengan mata kasar oleh masyarakat. Seorang guru sekurang-kurangkan menjawat 1 jawatan penkeranian. Jika sekolah tersebut kurang guru, berkemungkinan guru di sekolah tersebut terpaksa memegang 10 jawatan dalam satu masa. Ketua panitia, setiausaha PIBG, guru SPBT, guru KWAMP, guru RMT, setiausaha peperiksaan, guru aset, guru data dan sebagainya. Guru sekarang bukan setakat mengajar seperti yang anda fikirkan. Banyak kerja penkeranian yang terpaksa dipikul oleh guru, lain lagi dengan kerja menanda buku, membuat soalan peperiksaan dan menyediakan buku rancangan pengajaran harian (RPH) yang wajib diisi setiap hari. Lain lagi membuat aktiviti kokurikulum pada hari sabtu, mengadakan hari sukan, melatih murid dalam sukan dan permainan, membuat kelas tambahan. Ini semua dijalankan tanpa bayaran tambahan. Tidak ada istilah overtime dalam kamus seorang guru.

Maria Virginia Semana berkata dia terpaksa menghantar anaknya ke tuisyen kerana guru tidak berjaya mendidik anaknya sebaik mungkin. Tetapi pernahkah beliau memantau aktiviti anaknya sendiri samada anaknya membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru? Dilema seorang guru: apabila murid tidak membuat atau menghantar kerja rumah, guru tidak boleh berbuat apa-apa kerana apabila murid tersebut dimarah atau didenda si ibubapa akan mengamuk di sekolah atau membuat laporan polis. Dalam hal ini, bagaimana seorang guru boleh bersikap tegas dengan murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Apabila si murid mengetahui kelemahan si guru yang tidak boleh memarahinya maka bertambah panjang tanduknya. Bukan setakat tidak membuat kerja sekolah, malah sudah berani ponteng kelas atau jika berada di kelas pun dia tidak mahu menumpukan perhatian. Murid tersebut lebih suka membuat kerja sendiri kerana dia tahu guru tidak boleh menegurnya apa lagi memarahi perbuatannya itu. Si guru pula terpaksa memendam perasaan melihatkan perangai anak muridnya.

Tahukah anda bahawa guru adalah orang yang paling cenderung untuk mengalami penyakit mental. Pernahkah anda merasa tertekan menjaga tingkah laku dan perangai anak-anak anda yang hanya seramai 5 orang. Bayangkan jika anda mempunyai anak seramai 30 orang. Seorang guru berhadapan dengan sekurang-kurangkan 30 orang murid dalam setiap kelas. 30 orang murid dengan pelbagai tingkah laku dan ragam. Berhadapan dengan 30 orang kanak-kanak atau remaja tidak sama dengan berhadapan dengan 30 orang dewasa.

Apa perasaan guru-guru yang sekarang berada di hutan belantara tanpa bekalan air bersih, elektrik, apalagi menikmati kemudahan internet seperti orang lain. Bahkan mereka sendiri tidak tahu menahu tentang berita kenaikan gaji mereka kerana terputus jaringan komunikasi.Guru-guru ini  sanggup berkorban demi melahirkan warga negara yang berpendidikan. Demi melahirkan nurse, doktor, peguam, mereka sanggup berjalan kaki selama 7 jam untuk sampai ke sekolah dan menggadai nyawa menaiki sampan dan bot mengharungi ombak lautan. Tidak pula masyarakat pengkritik ini terfikir guru wanita yang berada di pedalaman tidak mendapat rawatan yang sewajarnya semasa mengandung dek kerana jarak dan cabaran perjalanan untuk menemui klinik. Semua ini realiti seorang guru. Jika difikirkan pengorbanan guru tidak ternilai dengan wang ringgit. Bukan mengungkit jauh sekali minta disanjung, hanya mengharapkan rasa hormat terhadap profesion kami.

Saya faham perasaan marah dan kecewa yang  diluahkan oleh mereka di atas berdasarkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan gaji guru.Tetapi untuk menghukum dan melemparkan kata-kata yang tidak elok terhadap profesion keguruan adalah TIDAK ADIL. Suatu masa dulu, guru mengajar mereka untuk membaca dan menulis. Sekarang mereka gunakan ilmu membaca dan menulis tersebut untuk menghina guru. SIAPA MEREKA SEKARANG JIKA BUKAN KERANA GURU.


Terima kasih kerana masih ada insan yang mengenang jasa guru. Terima kasih kepada guruku kerana menjadikan aku seorang guru. Aku bangga menjadi guru. Bangga melihat anak-anak murid menjadi seorang INSAN.

Maaf jika terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Aku hanya seorang guru yang terluka.




30 comments:

Wen said...

adedeh..tu nurse x jadi nurse ba kalu teda guru.. sumanya bmula dr guru.. and dorang harus tahu, penjawat awam tbanyak di malaysia adalah guru..

Wen said...

p/s ; aku juga terluka..! sbb aku adalah seorang bekas guru dan bakal guru..

Dyana said...

tidak apalah wen.kita fikir positif sj dengan kata-kata dia supaya kita lebih tingkatkan profesion keguruan. bak kata kwn ku si SAB.hehe

Gunaqz said...

Hi Dyana,
Saya pun terluka dengan statement si Maria Virginia Semana ni. Saya tidak pernah kira berapa nilai pengorbanan masa dan tenaga saya untuk murid2 saya, bikin kerja siang dan malam tanpa overtime pun saya tidak pernah merungut. Asal saja murid2 saya dapat benefit. Bila baca statement macam tu, mengalir terus air mata saya.

Sedih terus sia teringat kawan-kawan lain yang masih berhempas pulas memastikan murid-murid mendapat yang terbaik. Terbayang sia muka durang yang bersungguh2 kerja. Kesian betul ada orang sampai hati cakap begitu. Kalau lah hati saya jahat kan Dy, sia mau PM saja ni orang, kasi maki-hamun dia. Tapi buat apa lah juga saya stoop low macam dia. Senyuman jak lebar tapi hati busuk macam taik.

Dyana said...

Gunaqz: memang kita tada istilah overtime.tp keja kita kadang2 sampai tdk tdo mlm.ptg buat keja, belum siap sambung mlm plak.sy pun sangat sedih gun.Kalau pun mereke tidak puas hati tapi tidak patut berkata2 seperti itu.memang ada segelintir guru seperti yang mereka dakwa tapi tidak adil menghukum semua guru

Chii said...

but i also understand why she's angry...

Dyana said...

Chii:sy pun fhm napa dia marah.bukan soal marah yang jadi isu di sini tapi kata2 penghinaan terhadap guru

Dyana said...

when it comes to money,semua org boleh bertindak di luar jangkaan.tetapi menjadikan sesuatu profesion sebagai satu bahan tohmahan adalah tidak adil bagi mereka yang bertungkus lumus dalam pekerjaan mereka.even pembersih bangunan pun tidak layak dicaci kerana mereka juga mempunyai sumbangan sendiri

Avocado said...

Biarpun saya ni bukan cikgu, tapi saya tahu tu bukan senang jadi cikgu. Mmg kerja separuh hari tapi kadang2 kena dtg sekolah awal. Kadang2 kalau jdi guru bertugas, mana2 budak yg sakit tu guru bertugas yg kena hantar balik rumah. Duit minyak kereta bukannya boleh claim. Kadang2 kalau ada budak tertinggal bas sekolah guru bertugas kena hantar tu budak balik rumah. Sometime kena tunggu sampai parents tu budak dtg sekolah ambil anak dorang. Saya tidak tahu la mcm mana situasi di Sabah & Sarawak,tapi di sini ( Selangor ) lebih kurang begitulah.Balik rumah kadang2 kena check kerja budak2 lagi,tambah2 lagi kalau exam, berapa puluh @ ratus kertas soalan yg perlu kena semak...

Then saturday lagi kena dtg sekolah utk aktiviti kokum.Lepas tu bukan senang mau cuti pula tu,tu pun time cuti sekolah ja dpt cuti.

Kalau time rehat,kdg2 nda sempat makan.

Kalau sayalah kan,memang wajib pun gaji guru2 ni kena kasih naik. Kalau bukan guru mana juga yg jadi nurse jadi doktor jadi lawyer tu dapat jadi apa yg dorang jadi sekrg...kalau pikir2 balik semua sebab bimbingan drpd cikgu juga.

Sekali sekala ni cikgu2 semua kena kasi senang hati apa salahnya kan...

Mesti ada sebab bah tu PM buat gini,bukan main suka2 sja...

Grace said...

Facebook betul-betul menelanjangkan keperibadian kita semua kan?

Anonymous said...

Teruknya org tu,klu mo ckp psl guru x bgs sbb bnyk bdk ponteng skola, apa la mo ckp klu bnyk org mati d hosp, nurse x bgs laa? lgpun, guru x salah sbb kerajaan yg mo kc nek gaji guru, so..pndai2 la ba pkir.. ee..


Peace..just giving my opinion..no war.. =D

kay masingan said...

Oh, saya ada baca juga statement si Maria ni, sunggu tidak professional dia ni. Kalau dia tidak puas hati, tidak perlu untuk kutuk2 guru, pergi terus luahkan kepada PM or Kementerian Kesihatan Malaysia.

aemynadira said...

ish ish ish..x mengenang jasa betul...ni la namanya kerja x ikhlas..tau duit ja..

Dyana said...

Cher:tanggungjawab cikgu tu sama sj di mana2.masa keja cigu isnin-jumaat tp sabtu tu kena pegi sekolah utk kokum.pun bkn dikira overtime.lain lagi aktivit2 lain seperti camping,sukan sekolah,melatih murid untuk ke pertandingan.semua tu tdk ada overtime.tapi org tdk nampak ini. Bagaimana perasaan guru-guru yang bersusah payah berjalan kaki selama 7jam mengajar di pedalaman.mana lagi yang naik bot.tinggal di hutan belantara tanpa bekalan air bersih, elektrik apa lagi menikmati kemudahan telefon atau internet.Sangat sedih membaca komen-komen mereka.

Grace:begitula org.Nampak sgt cara dia berfikir.

Kay:itulah yang saya maksudkan di sini.marah kerana nurse tak naik gaji tapi menghina plak guru.bukan ka lebih puas hati jika dia menyalurkan rasa ketidakpuasahan hati dan kegeraman di tempat yg betul.

Rungitom said...

Maria Virginia Semana mungkin bad student ni dulu. :D

Saya setuju yang guru bukan saja mengajar tapi juga urus banyak kerja-kerja sekolah lain. Komen dia sekadar komen melulu ja, tiada fikir-fikir lagi.

Aki said...

Money does change everything.. Well,ketidakpuashatian ini berlaku apabila dia sangat tidak profesional dan sewenang2nya mengutuk profesion itu.. Sa rasa kan,dia mo popular ba ni.. itu ja tu matlamat dia.. Kalau diorang kasi gaji nurse naik,orang marah,ko rasa apa respon durang?? ha ha ha....

Anonymous said...

Wew malu i baca post Maria Virginia..I pun nurse gak tapi ketidakpuasan hati tu langsung xda..Nurse pun ada kenaikan gaji juga cuma bezanya jumlah tu ikut gred.. nurse pun ada byk gred juga, klu nak sgt naik gred tu study la lagi confirm gaji pun naik. xpayah nak kutuk2 guru..tanpa guru kita x mgkn jadi seorg nurse.

Eudora Priscilla said...

sedihnya sy :C sy yg blum jadi guru nie pun rasa suda bahang2 kerja2 guru yg menanti.. keja nurse pun susa juga.. tp nda paya la ckp mcm tu bah.. huhu

Anonymous said...

Memang susah nak puaskan hati semua orang. Bila tak dapat mula nak kutuk tapi bila dah dapat tak puashati pula..emm ni lah dunia namanya..kita patut bersyukur dengan rezeki yang ada..dunia hanya sementara..renung2kanlah.

Anonymous said...

saya seorang guru..org yg bukan guru dia xkn tahu beban seorg guru...guru bukan hanya penat mental..fizikal juga penat nak layan karenah murid..kalu di kl or selangr ni jrg ada kelas muridnyahanya 30 org..sumenya 40 org dan ke atas....itu bru 1kelas...kalu 1 hari ada 3 atau 4 kelas...mcm sy ajar 8 kelas...hah darabkanlah dgn 40...itu xkir kalau dorg bising..mau kenajerit...rsa nak terberak sumeada sbb nak lawan suara 40 org..ramai kengkawn sy gugur..sbb pent naik turun tangga dan jugak penat menjerit...sekrg plak bukan mcm dulu..xbleh marh2..xbleh denda budak..sentuh budak lasg x boleh...hah tambah dptparent giniplak xresepk cikgu..sbb tu anak pon kat skolah xtau respek org lain..sbmak bapak pon samaxhabis2 dengkikan cikgu.. kalu nak ckpp beban lain..byk lagi...
ken igt ye..kalu nak kaya kerjaya guru bukanlah pilihan..tetapi klau nak akhirat pilihla jd cikgu...kami ikhlas menjalankan tanggungjawab kerana kami yakin dengn blsan dn janji Allah dan ini adalah amanh....kamixkan persiakan...apap yg kerajaan bg alhamdulillah... kalu xdepon kmi tetap buat kerja kami dgn ikhls...sebab ganjaran Allah lebih kami utamakan...org igtsenangje cikgu balik awal pastu cuti byk..dia xnampak kami ni balikrumh pon buat kejelagi....sbu pon kena dtg....biar appe org cakp kami guru2 di mlysia tetap ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas

Shanburn said...

sedih btul la dgn kenyataan tu psl duit pun mau ungkit ka......teda ada profesion lain tnpa bermula dgn seorang guru huhuhu....sedap jak kata kerja setengah hari ....tapi pena ka dia terpikir dia hbis keja ble rehat di rumah tp cikgu habis keja bw keja lg di rumah...aku tanda paper smpi pukul 3 pagi smpi my husband yg keja bank (keja bank pun org kata susah gak) kata keja guru susah smpi bw blk rumah dorang tidak perlu huhuhuhu...so ptt c maria ni jadi guru tuk sebulan br dia tau susah senang jadi guru....kasi dia jadi yg ngam2 exam nah padan muka

Anonymous said...

Ni laa kalau lepas cakap tanpa berfikir....Akibatnya 1 M'sia semua org marah dia....Tak KECUALI laa ku rasa kwn2nya pun takut tu...yg join dia sama mengata psl gaji tu..
Tu la Maria..."TERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR TERLAJAK KATA PADAH AKIBATNYA"...
Rasanya Ketua Jabatannya pun maraah kat dia ni...

Anonymous said...

sesetengah guru tidak menumpukan perhatian mengajar murid sb byk buat bisnes2 luar.bukan ckp kosong tpi sa ada nmpak di sna program MLM.itu yg bikin dorang penat.malas mau mengajar sb malam2 buta baru balik .so,bagus jga la krajaan bagi naik gaji dorang ni.kurang skit pigi MLM ni.haha.Guru2 yg buat keja betul2,dorang deserve itu respect.

itu nurse punya komen paling no 1.dulu malas mau blajar. tpi klu mau minta gaji naik...peeeergghhh.

Anonymous said...

spatutnya semua pihak bersyukur sbb tetap d bayar gaji..syukur apa yg ada..keja masing2 ada pro and kontranya.. ada bonus lgi wat?.. enough laa..syukur atas apa yg ada.. huhu... the fact is im oso a nurse but to make statement like dat??.. hmmm..i dont think so..

blackpurpleheart said...

saya kurang setuju jika dikatakan faktor kenaikan gaji guru disebabkan bebanan kerja. kerja-kerja yg dilakukan tersebut adalah atas dasar tangungjawab sebagai seorang guru,sebab itu tiada istilah over time dlm hidup seorang guru...jika guru tersebut bijak menguruskan masa,bekerjasama dan ikhlas dalam mendidik maka ianya bukan lagi bebanan kerja.jika sudah memilih profession perguruan harus menerima tanggungjawabnya tanpa sebarang rintihan sebaliknya bersedia kerana kita dah pun didedahkan tentang tugasan guru sejak dibangku sekolah lagi. saya setuju jika dikatakan faktor kenaikan gaji guru adalah disebabkan kerajaan sedar akan kepentingan seorang guru mendidik pelapis negara dan kenaikan gaji ini akan dijadikan sebagai dorongan kepada guru/bakal guru agar negara tidak kekurangan tenaga pengajar di masa hadapan dek gaji yg murah. ayuh guru-guru semua,tidak perlu mengikut rentak NURSE tersebut yg gemar klaim tugasannye...mendidiklah secara ikhlas dan selamat menikmati kenaikan gaji

edythe said...

Nice post Dyana.
Sia bukan cigu atau nurse tpi sia ambi ini sebagai pengajaran spya sentiasa berhati2 dan berfikir dulu baik2 seblm bertindak. Menyesal kemudian teda guna sdh..:)

Anonymous said...

Asyik-asyik Gaji guru dan gred guru naik! Hahahahahaha, kesian auntie ne... Lama tak ikut isu Auntie ne, sorry sebab bagi link blog ne kat blog aku. Blog kaler pink... very nice.

http://likomato.blogspot.com/2011/10/bila-buta-it-buat-kenyataan-super.html

Anonymous said...

hahaha... saya seorang guru, isteri saya nurse... nurse memang kerja 8 @ 9 jam sehari dan guru hanya 5 @ 6 jam sehari. tapi jika dilihat pada nisbah nurse dengan pesakit cuma dalam lingkungan 1:10 tapi guru dengan pelajar dalam lingkungan 1:25... isteri saya berpendapat tugas guru lebih mencabar sebab dengan masalah disiplin dan karenah mereka dalam 40minit. bagi saya pula kerja nurse tu lebih mencabar kerana melibatkan nyawa pula... jadi kamipun senyum saja dengan pengumuman PM dalam bajet 2012.... hahaha....

Anonymous said...

masing2 ada tanggungjawab yang sama besar( nurse dan cikgu).. macam selipar.,. kalau sblh kiri atau kanan teda, susah tu mau bjalan. hehe.. nurse and guru sedang bergaduh, pihak atasan ketawa2... bikin malu ja gduh2 tue... bgus trima hakikat..

Anonymous said...

haaa....ramai org tidak berfikir tidak pakai otak kepala la.... ini kebetulan ja gomen mau ambil hati sigu2 ni so dijadikan lah contoh... bukan bermakna skim2 lain tidak akan naik.... semuanya asalkan kakitangan KERA jaan akan menerima kenaikan gaji mengikut skim masing2 ba... gomen pun main pulitik juga sama sigu2 ni... so nurse2 yg selalu kerja mlm2 tu... jgn marah2 semua akan dapat habuan.

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com