Friday 21 October 2011

Insaf sudah ehh...


Selepas ni aku tidak mau lagi parking kereta di siring-siring jalan. Insaf sudah wei...dulu selalu kena saman parking sebab malas cari parking dan malas jalan kaki jauh. Parking je la sesuka hati di mana si biru (kuda lama) boleh muat. Dapat saman pun boleh sengih lagi sebab RM30 je. Sekarang boleh nangis dapat saman parking RM150.


Kalau saya tau awal begitu mahal sanggup saya bayar parking RM10. Sanggup saya jalan kaki jauh kasi parking kereta sana ulu-ulu. Terpaksa saya tolak bajet shopping untuk bayar saman. Fikir punya fikir, last-last saya tolak tu bajet untuk beli sipik hitam. Dalam hati lain kali la saya beli sipik atau saya cat hitam ja tu sipik rabun saya. Tia apa, hidup mesti diteruskan yang penting saya berazam NO SUMMON anymore. Saya akan menjadi pemandu yang berhemah. Saya dengan sesungguhnya berjanji:

  • Hanya akan parking si putih (kuda baru) di tempat yang ada garis kotak berwarna putih atau kuning atau kaler yang menyatakan 'letak kuda anda disini'.
  • Tidak akan melanggar lampu isyarat.
  • Tidak akan melebihi had laju (ermm...kena sabar banyak ni)
Insaf...insaf...insaf


Oh tukar cerita, si Dyana mau turun KK pegi shopping. Sudah janji sama si Siluk dari Keningau mau shopping togeder-geder. Stok esketu sama sheseidu kami sudah habis. Bilang si kawan lagi dia mau try lenkom sebab tu esketu menyebabkan muka dia bersinar-sinar sampai silau mata. Jadi aku pun mau menyibuk   mana tau boleh buang duit lagi sana lenkom. Lepas tu mau melawat ESTUDE house sana 1B. Pendek kata kami mo bershopping yang kecantikan punya barang. Masa di maktab, kami bilang si Siluk biarla kita kena posting di ulu-ulu tapi yang penting mesti pakai esketu. Yang penting muka mesti bersinar-sinar. Ya semangat jaga muka. Apa bilang tu.....'kerana diriku begitu berharga'.

Selamat berTGIF u olls. Patuhilah peraturan jalanraya.Nanti kena saman menyesal lari bajet!




Monday 17 October 2011

Lelaki Romantik Vs Lelaki Praktikal

Uncle saya cakap; "Kamu fikir tu lelaki romantik baik ke? Kamu fikir kalau sudah kawen dia  mau lagi tolong buka pintu kereta untuk kamu? Mau lagi cakap gud nite sayang setiap malam?!" Luahan hati seorang lelaki yang tidak romantik tetapi sungguh bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Dalam hati "Eya...eya...betul tu uncle cakap."  Tapi realitinya aku seorang manusia dengan hati dan perasaan mengikut naluri kebanyakan perempuan tipikal. Bukannya mengharap sangat setiap kali Encik Sayang akan membukakan pintu kereta tetapi sememangnya kebanyakan wanita mudah tertarik dengan jejaka romantik yang pandai melayan perasaan wanita, yang pandai menyentuh hati (opss...jangan sentuh lain-lain).



Tengok sahaja mamat-mamat bermuka dan hidup sederhana tetapi mampu memikat gadis ala model. Ayat beb! Orang cakap 'ayat' mesti power baru gadis cair. Maka ayat yang power boleh menutup mata si gadis. Muka katak jadi muka Brad Pitt, kereta kancil jadi BMW, kad atm BSN jadi kad kredit American Express. Ya..jejaka sekalian, itulah rahsianya kenapa si puteri sanggup mencium si katak puru. Nasib baik si katak puru bertukar menjadi seorang putera kacak.


Orang tua cakap cinta akan jadi realiti setelah berkahwin. Muka katak dah nampak macam katak, kancil nampak macam kancil, kad atm pun dah nampak macam kad atm. The conflicts begin!

Lain pula cerita dengan lelaki praktikal yang tidak pandai bermadah, tidak pernah mengeluarkan RM2 untuk membeli sekuntum bunga, tidak pandai mengingat tarikh penting dalam perhubungan atau sekurang-kurangnya bertanya khabar sebagai tanda mereka mengambil berat . Ada boypren tetapi rasa macam takda boypren! Anda adalah lelaki yang SANGAT BORING TAHAP GABAN! Gaban pun tidak seboring anda!!!! (banyaknya marah !!!!)

Tetapi realitinya, lelaki praktikal yang boring ini adalah mereka yang akan bertungkus-lumus mencari duit untuk menyara anak-anak anda suatu hari nanti.




Bersyukurla kepada Tuhan jika anda mempunyai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan romantik kerana lelaki ini seakan-akan tidak wujud. Kalau tanya lelaki mesti dorang ni cakap "alah itu lelaki dalam drama je wujud''.

Sunday 16 October 2011

Pink DSLR

Gambar-gambar yang tidak berapa kiut dalam blog ini adalah hasil daripada petikan kamera handphone Nokia N82 yang sudah berusia 2 tahun lebih.Haha...tuanya hp ku. Well...I'm not a gadget person. Itu handphone yang penting boleh call, sms, mms, main MP3, Wifi and kamera. Selain daripada kamera handphone yang sudah uzur itu, saya juga menggunakan ini;

Tapi tengok sajalah hasil-hasil gambar dalam blog ini. Mungkin juga saya yang tidak pandai ambil gambar. Well, saya bukannya seorang yang berhobi menangkap gambar. Saya hanya seorang yang suka mengedit gambar. Oh...such a weird la. Mana gambar datang?!

Oleh kerana kekecewaan dengan gambar dalam blog ini, maka saya terfikir untuk mendapatkan sebuah DSLR. Yah...supaya boleh ambi gambar eyelashes yang macam barbie setelah memakai mascara Dolly Wink (Toink!). Supaya sekalian yang rabun tidak perlu lagi memakai spek semasa berkunjung ke blog ini.

Tapi masalahnya ya, saya nak DSLR warna PINK! Adakah DSLR Canon warna pink? Paling hampir pun warna merah. Haish...jadi perlukah saya tunggu sehingga Canon mengeluarkan DSLR berwarna pink seperti ini?

Gambar hiasan semata-mata. Itu adalah sebiji kek menyerupai DSLR Canon.


Pentax pink DSLR





Thursday 13 October 2011

Original Rejected Perfume

Lancome, DKNY, Gucci, Burberry, Calvin Klein, Ralph Lauren adalah antara jenama perfume kegemaran ramai. Saya adalah pengumpul tegar perfume berjenama. Pada zaman Univerisiti yang agak sengkek pun saya akan peruntukkan wang untuk membeli 1 botol perfume berjenama setiap tahun. Kalau 100ml EDP tu dalam RM200 ke atas juga. Tidak kisah sengkek yang penting hati happy cium badan yang harum!

Sekarang ini ada berbotol-botol dalam simpanan. Koleksi perfume ini saya beli dengan harga yang lebih murah berbanding harga di kaunter. Kalau anda seorang yang rajin window shopping di facebook, anda akan mendapati banyak kedai online yang menjual original rejected perfume.

Ini perfume branded yang original tetapi telah direject oleh kilang kerana sedikit kecacatan fizikal pada botol. Namanya barang branded cacat sikit dah direject. Pekilang tidak pula membuang terus perfume ini sebaliknya menjualnya dengan harga yang lebih murah. Maka wujudnya istilah 'Original Rejected Perfume' yang harganya 50% - 70% lebih murah berbanding di kaunter.


kena reject sebab line hitam yang tidak smooth. tengok line yang paling bawah



direject kerana terdapat scratch pada perkataan me


Setakat reject yang begituaan tiada efek sama bau. Akhirnya si reject ini menjadi koleksi perfume ku.hehe...



klik sini dan sini untuk perfume tips and guide. Babai....


Wednesday 12 October 2011

Collagen Hunting

Bantulah si beauty junkie bernama Dyana dan grace mencari pil kolagen yg berkesan, selamat dan affordable. Artis-artis yang awet muda macam si Linda Onn cakap kena amalkan pengambilan kolagen untuk kekal muda dan cantik. Maklum umur sudah di atas 25. Umur sebenar dirahsiakan demi menjaga status keremajaan kami.LOL

Saya telah menjalankan sedikit penyiasatan melalui internet dan soal selidik(mana ada!). Hasil penemuan saya, trend sekarang wanita Malaysia ramai yang mengamalkan minuman kolagen seperti soy kolagen, cocoa kolagen dan ada beberapa lagi produk yang tidak dikenali. Minuman kolagen seperti ini mendapat sambutan hangat mungkin kerana ia agak murah sekitar RM50-RM60 untuk bekalan sebulan. Tetapi menurut blogger Hanis Zalikha (siapa tak kenal kan), kolagen dalam minuman ini sangat sedikit. Walaupun belum pernah mengambil apa-apa supplement kolagen tetapi saya berasa statement si gadis ini agak benar kerana jika dibandingkan dengan minuman kolagen asli (yang tiada unsur soy,coco atau perisa lain) yang berharga kurang RM200 untuk 6 botol, harga minuman kolagen berperisa ini jauh lebih murah. Buat apa murah kalau saya tidak jadi cantik macam Linda Onn. Balik-balik sebut LO.Bukan apa, dia artis yang mendakwa mengamalkan kolagen semenjak umur 20-an. Kalau Fauziah Latiff tu contoh untuk EPO, kalau Siti Nurhaliza pula contoh untuk SimplySiti.

Tetapi minuman kolagen bukan pilihanku kerana.............................saya malas nak bancuh! Saya nak kolagen yang boleh terus telan dan boleh terus cantik! Ada orang cakap minuman kolagen asli tu berbau hanyir ikan. Sudah semestinya bau hanyir kerana kolagen diperbuat daripada ikan. Jadi saya teruskan penyiasatan dan akhirnya saya terjumpa produk ini!


Gambar pinjam dari web Total Image

Si pink Total Image Collagen. Agak affordable juga. Supply untuk 40 hari RM123. Ada cop awarded item lagi. Saya ada usha juga facebook Total Image untuk tengok review customer produk ni. So far positive statement ja yang saya baca. Lagi pun dalam bentuk pil, senang telan.

 Belum beli lagi sebab masih nak siasat sampai puas hati. Erm...sebenarnya saya tak beli lagi sebab saya di Kudat. Mana ada jual Total Image sini. Kalau saya di KK, semalam lagi saya dah beli (LOL). OOOh...tidak juga, tunggu gaji baru beli. 

Anyone have better suggestion?

Tuesday 11 October 2011

Bekas Pensil Pelajar daripada Plastik keropok

Bekas pensil yang diperbuat daripada berpuluh-puluh plastik keropok terbuang menjadi alternatif sebagai tempat menyimpan alat tulis kepada pelajar. Habis plastik-plastik keropok mereka kutip untuk membuat bekas pensil ini. Setiap plastik keropok akan dilipat kecil kemudian disusun dengan kemas baharulah digam/dijahit bersama zip. Bekas pensil ini menjimatkan duit mereka untuk membeli bekas pensil yang terdapat di pasaran di samping menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang seterusnya dapat menjaga alam sekitar.






Bekas pensil ini adalah hasil tangan murid-murid Tahun 4 di sekolah ku. Di komersialkan semasa Minggu Usahawan dengan harga RM5.00. 

Sedikit info mengenai Minggu Usahawan: Pelajar Tahun 4 membuka gerai kecil di sekolah dengan menjual pelbagai barang. Mereka diberi kebebasan untuk memilih barang jualan dan menetapkan strategi pemasaran. Ada pelajar yang menjual nasi lemak (emaknya yang buat), keropok, gula-gula, kentang goreng dan macam-macam lagi. Pelajar-pelajar ini bersaing untuk menghabiskan jualan mereka. Yang melucukan, demi untuk menghabiskan jualan, mereka sanggup menanggung kerugian. Keropok yang sepatutnya dijual RM0.20, dijual dengan harga RM0.10. Bukan setakat itu, buy one free one lagi. Manakah untungnya lagi??? Hehe... tapi tidak apa kerana untung rugi akan dipost mortem selepas itu. Budak-budak Tahun 4 mana kenal untung rugi, yang dia tau barang dia habis dijual,hati pun happy!

Monday 10 October 2011

Guru dikutuk kerana kenaikan gaji


Membaca status di atas dan komen-komen yang dilemparkan sangat memilukan hati bagi mereka yang bergelar seorang guru. Menuduh guru dengan pelbagai tohmahan.

Memang kami mengajar di sekolah setengah hari sahaja. Tapi tahukah anda selain daripada mengajar, guru juga dibebani dengan pelbagai kerja yang tidak dilihat dengan mata kasar oleh masyarakat. Seorang guru sekurang-kurangkan menjawat 1 jawatan penkeranian. Jika sekolah tersebut kurang guru, berkemungkinan guru di sekolah tersebut terpaksa memegang 10 jawatan dalam satu masa. Ketua panitia, setiausaha PIBG, guru SPBT, guru KWAMP, guru RMT, setiausaha peperiksaan, guru aset, guru data dan sebagainya. Guru sekarang bukan setakat mengajar seperti yang anda fikirkan. Banyak kerja penkeranian yang terpaksa dipikul oleh guru, lain lagi dengan kerja menanda buku, membuat soalan peperiksaan dan menyediakan buku rancangan pengajaran harian (RPH) yang wajib diisi setiap hari. Lain lagi membuat aktiviti kokurikulum pada hari sabtu, mengadakan hari sukan, melatih murid dalam sukan dan permainan, membuat kelas tambahan. Ini semua dijalankan tanpa bayaran tambahan. Tidak ada istilah overtime dalam kamus seorang guru.

Maria Virginia Semana berkata dia terpaksa menghantar anaknya ke tuisyen kerana guru tidak berjaya mendidik anaknya sebaik mungkin. Tetapi pernahkah beliau memantau aktiviti anaknya sendiri samada anaknya membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru? Dilema seorang guru: apabila murid tidak membuat atau menghantar kerja rumah, guru tidak boleh berbuat apa-apa kerana apabila murid tersebut dimarah atau didenda si ibubapa akan mengamuk di sekolah atau membuat laporan polis. Dalam hal ini, bagaimana seorang guru boleh bersikap tegas dengan murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Apabila si murid mengetahui kelemahan si guru yang tidak boleh memarahinya maka bertambah panjang tanduknya. Bukan setakat tidak membuat kerja sekolah, malah sudah berani ponteng kelas atau jika berada di kelas pun dia tidak mahu menumpukan perhatian. Murid tersebut lebih suka membuat kerja sendiri kerana dia tahu guru tidak boleh menegurnya apa lagi memarahi perbuatannya itu. Si guru pula terpaksa memendam perasaan melihatkan perangai anak muridnya.

Tahukah anda bahawa guru adalah orang yang paling cenderung untuk mengalami penyakit mental. Pernahkah anda merasa tertekan menjaga tingkah laku dan perangai anak-anak anda yang hanya seramai 5 orang. Bayangkan jika anda mempunyai anak seramai 30 orang. Seorang guru berhadapan dengan sekurang-kurangkan 30 orang murid dalam setiap kelas. 30 orang murid dengan pelbagai tingkah laku dan ragam. Berhadapan dengan 30 orang kanak-kanak atau remaja tidak sama dengan berhadapan dengan 30 orang dewasa.

Apa perasaan guru-guru yang sekarang berada di hutan belantara tanpa bekalan air bersih, elektrik, apalagi menikmati kemudahan internet seperti orang lain. Bahkan mereka sendiri tidak tahu menahu tentang berita kenaikan gaji mereka kerana terputus jaringan komunikasi.Guru-guru ini  sanggup berkorban demi melahirkan warga negara yang berpendidikan. Demi melahirkan nurse, doktor, peguam, mereka sanggup berjalan kaki selama 7 jam untuk sampai ke sekolah dan menggadai nyawa menaiki sampan dan bot mengharungi ombak lautan. Tidak pula masyarakat pengkritik ini terfikir guru wanita yang berada di pedalaman tidak mendapat rawatan yang sewajarnya semasa mengandung dek kerana jarak dan cabaran perjalanan untuk menemui klinik. Semua ini realiti seorang guru. Jika difikirkan pengorbanan guru tidak ternilai dengan wang ringgit. Bukan mengungkit jauh sekali minta disanjung, hanya mengharapkan rasa hormat terhadap profesion kami.

Saya faham perasaan marah dan kecewa yang  diluahkan oleh mereka di atas berdasarkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan gaji guru.Tetapi untuk menghukum dan melemparkan kata-kata yang tidak elok terhadap profesion keguruan adalah TIDAK ADIL. Suatu masa dulu, guru mengajar mereka untuk membaca dan menulis. Sekarang mereka gunakan ilmu membaca dan menulis tersebut untuk menghina guru. SIAPA MEREKA SEKARANG JIKA BUKAN KERANA GURU.


Terima kasih kerana masih ada insan yang mengenang jasa guru. Terima kasih kepada guruku kerana menjadikan aku seorang guru. Aku bangga menjadi guru. Bangga melihat anak-anak murid menjadi seorang INSAN.

Maaf jika terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Aku hanya seorang guru yang terluka.




Saturday 8 October 2011

Eyeliner Review


Eyeliner yang baik adalah eyeliner yang memberi kemasan sempurna dan tidak smudge walau selepas berjam-jam memakainya. Maksud kemasan sempurna di sini ialah eyeliner yang memberi garisan dengan warna yang pekat dan smooth.

1. SilkyGirl Long Wearing Eyeliner 
Memberi kemasan sempurna dan tidak smudge walau dipakai seharian. Harga RM16.90. Tidak perlu ditajamkan kerana ianya rectractable. 

2. Sasa Eye Definer 
Ini adalah produk yang baru saya beli. Sebelum ini saya sangat setia dengan SilkyGirl. Kemasannya lebih sempurna daripada SilkyGirl. Warna lebih pekat dan lebih smooth. Ia adalah waterproof. Walaupun eyeliner ini rectractable tetapi ia tetap dibekalkan dengan sharpener bagi mereka yang ingankan ketajaman yang lebih pada mata eyeliner.Lihat pada hujung eyeliner berwarna grey, ia adalah mini sharpener. Impressive kan? Lebih impressive ia boleh dimiliki dengan hanya RM16.90 dan saya telah membelinya dengan harga RM13.90 semasa sale.

3. Cosway Shimmer Glide Eyeliner
Kemasan lebih sempurna berbanding Silkygirl dan Sasa. Warna shimmer deep blue sangat menawan. Jika dipakai dengan  tebal, tidak perlu lagi memakai eyeshadow. Keburukannya adalah eyeliner ini bukan waterproof. Selepas beberapa jam ia akan smudge terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Disebabkan itu, saya jarang memakainya walaupun kemasan dan warnanya sangat cantik.

4.Silkygirl Funky Eyelights Pencil
Kualitinya sama seperti Cosway Shimmer Glide Eyeliner. Kelebihan produk Silkygirl ialah walaupun bukan waterproof tetapi ia tidak smudge. Saya jarang memakainya kerana saya malas menajamkan mata eyeliner ini.Sebenarnya saya teragak-agak jika produk ini termasuk dalam kategori eyeliner. Harga RM16.90

5. Hashmi Kajal
Jenama ini boleh didapati di kedai India atau pasar malam. Harga RM4.90. Ini adalah eyeliner yang dipakai oleh wanita-wanita Arab. Sila bayangkan wanita Arab yang memakai eyeliner yang sangat tebal dan sangat hitam. Ini adalah rahsia mereka. Ia tidak waterproof dan sangat senang untuk smudge. Oleh kerana ia sangat senang smudge, saya jadikannya sebagai base untuk smokey eyes makeup seperti yang saya buat pada entry makeup tutorial from u-tube.Sila klik sini untuk melihat contoh.

6.Elianto Frosted Liquid Eyeliner
It is green colour. Sangat tidak suka.Waterproof dan sangat susah untuk ditanggalkan walau dengan menggunakan remover.

7.SilkyGirl Double Intense Gel Eyeliner
This is my favourite among all. The only this is untuk memakainya perlu ambi masa kerana perlu sapu menggunakan berus kecil. Dengan jasa baik si berus, kita boleh mendapatkan bentuk garisan mata yang kita mahu.Kebiasaanya saya gunakan eyeliner ini untuk membuat efek cat eyes.Non smudge and waterproof. Harga RM22.90 (kalau tak silap). 


Untuk makeup di atas, saya menggunakan Silkygirl Double Intense Gel eyeliner dan mascara juga dari Silkygirl. Tidak perlu eyeshadow.  


Thursday 6 October 2011

SilkyGirl, Za & Sasa Mascara Review

Saya mula menggunakan mascara sejak di bangku universiti lagi. Produk pertama yang saya gunakan adalah Maybelline. Tetapi semenjak Silkygirl diperkenalkan, saya telah berhenti membeli Maybelline. Ini kerana dengan harga yang lebih murah dari Silkygirl, saya boleh mendapatkan kualiti yang sama dengan Maybelline (pada pendapatku). Namun semenjak dua menjak ni, saya semakin addicted dengan mascara. I see the different sparkles with difference mascara application. So saya share dengan anda semua.... :-)

SilkyGirl Double Intense



Efek sederhana di mana hanya sedikit sahaja perubahan yang ketara pada bulu mata selepas sapuan  walaupun disapu berkali-kali. Kelebihannya ialah mascara ini non clumping maksudnya ia tidak membuatkan bulu mata melekat di antara satu sama lain. Zaman Silkygirl saya telah berlalu!



Sasa Super Dolly


Sasa Super Dolly ini sangat senang untuk dipakai. Anda tidak memerlukan curler untuk melentikkan bulu mata. Ini kerana selepas beberapa saat, bulu mata dengan sendirinya akan melentik seperti suatu keajaiban.  Ia juga non clumping. Bulu mata tak melekat dan kelihatan sangat kemas.


Begini jadinya guna Sasa Super Dolly



Za Impact Lash Mascara


New mascara range from ZA! Perlu curler untuk melentikkan bulu mata terlebih dahulu. Efek sangat dramatik, lebih kurang seperti memakai bulu mata palsu. Bulu mata ketara panjang dan lebat. Keburukan dia ialah mascara ini jenis clumping. Saya perlu berus bulu mata untuk menceraikan bulu yang melekat. So proses untuk memakai agak leceh.


Bulu mata ketara panjang dan lebat seperti memakai bulu mata palsu

Pilihan saya ialah ZA Impact Lash. Ia membuatkan  bulu mata saya kelihatan panjang, lebat dan menonjol. Namun ada masa juga saya sukakan Sasa Super Dolly kerana kesenangan untuk memakainya terutamanya selepas bangun lambat.


Perodua Myvi 1.5 Extreme








 
Melihat gambar di atas, adakah ia membuatkan anda seperti hendak melawat showroom Perodua untuk melihat sendiri kehebatan Myvi keluaran terbaru ini? Myvi 1.5 Extreme telah dilancarkan secara rasmi pada 15 September 2011 yang lalu. Kat Sabah saya dah nampak kereta ni kat showroom Perodua. Saya sebenarnya sangat curious adakah model ini akan mendapat sambutan yang hangat seperti mana model keluaran Perodua yang lain. Memang cantik tetapi pelanggan Perodua datangnya daripada mereka yang berpendapatan sederhana yang mampu membeli dengan harga RM30k-RM50k. Cuba tengok pricelist kereta ini.



Dengan harga ini, boleh membeli kereta yang lebih besar dan selesa seperti Proton Saga (jauh lebih murah), Persona, Alza dan sebagainya. Bahkan tambah RM10k sudah mampu untuk memandu Vios atau Swift. Oh..ya  Setakat ini, saya belum lagi melihat Myvi Elegance yang berharga RM59k di Sabah.




Monday 3 October 2011

How to know your cosmetic expired period


Kosmetik pun ada tarikh luput tau not only foods. I heard this from friend since long but I never know how to. Just that recently I asked my beautician how to know the cosmetic expire date. But this information just apply to bottled cosmetics such as foundation, face cream, toner etc. Yang lipstics, compact or eyeshadow pallet tu saya tak sure. Some people say it last for 6 months, some say 12 months. It is just like a myths when everybody give different facts.

All rights girls, to check your bottled cosmetic's expire date, you just have to look at the back of the bottle.


Cuba cari simbol yang ada tulisan 12M. 12M tu maksudnya 12 months means your product will expire after 12 months unseal. Senang ja kan nak tau tapi ramai orang tak tau termasuk saya.hehe...




Sebelum ni, saya telah memakai Foundation Loreal selama hampir 2 tahun. Saya tak pakai everyday so susah nak habis. So yesterday, I checked the bottle and it only stated 12M. Well, nampaknya saya telah memakai foundation yang expired selama ni. Patut pun bila saya pakai this foundation, ada ruam timbul kat muka. I guess itu akibat menggunakan produk yang telah luput. Sudah expired 1 tahun yang lepas. Kalau tengok kat bawah mikroskop agaknya banyak bakteria yang menghuni cecair foundation tu thats why bila pakai tumbuh ruam. Saya pernah mendapat ruam yang sangat dahsyat tetapi pada masa itu saya tidak terfikir pula pasal hal ni.


Ada juga produk yang memang dah print expire date kat botol.Senang kan kerja kita.


ok girl,please checked your cream muka or apa-apa yang sewaktu dengannya.
 

Blog Template by BloggerCandy.com