Thursday 6 October 2011

SilkyGirl, Za & Sasa Mascara Review

Saya mula menggunakan mascara sejak di bangku universiti lagi. Produk pertama yang saya gunakan adalah Maybelline. Tetapi semenjak Silkygirl diperkenalkan, saya telah berhenti membeli Maybelline. Ini kerana dengan harga yang lebih murah dari Silkygirl, saya boleh mendapatkan kualiti yang sama dengan Maybelline (pada pendapatku). Namun semenjak dua menjak ni, saya semakin addicted dengan mascara. I see the different sparkles with difference mascara application. So saya share dengan anda semua.... :-)

SilkyGirl Double Intense



Efek sederhana di mana hanya sedikit sahaja perubahan yang ketara pada bulu mata selepas sapuan  walaupun disapu berkali-kali. Kelebihannya ialah mascara ini non clumping maksudnya ia tidak membuatkan bulu mata melekat di antara satu sama lain. Zaman Silkygirl saya telah berlalu!



Sasa Super Dolly


Sasa Super Dolly ini sangat senang untuk dipakai. Anda tidak memerlukan curler untuk melentikkan bulu mata. Ini kerana selepas beberapa saat, bulu mata dengan sendirinya akan melentik seperti suatu keajaiban.  Ia juga non clumping. Bulu mata tak melekat dan kelihatan sangat kemas.


Begini jadinya guna Sasa Super Dolly



Za Impact Lash Mascara


New mascara range from ZA! Perlu curler untuk melentikkan bulu mata terlebih dahulu. Efek sangat dramatik, lebih kurang seperti memakai bulu mata palsu. Bulu mata ketara panjang dan lebat. Keburukan dia ialah mascara ini jenis clumping. Saya perlu berus bulu mata untuk menceraikan bulu yang melekat. So proses untuk memakai agak leceh.


Bulu mata ketara panjang dan lebat seperti memakai bulu mata palsu

Pilihan saya ialah ZA Impact Lash. Ia membuatkan  bulu mata saya kelihatan panjang, lebat dan menonjol. Namun ada masa juga saya sukakan Sasa Super Dolly kerana kesenangan untuk memakainya terutamanya selepas bangun lambat.


13 comments:

Gunaqz said...

Kalau yang eyelashes super short macam saya, macam mana? ngam kah mo pakai Sasa super dolly tu? Sia takut mo pakai curler lah. sakit. Klu terpaksa pakai mekap, saya guna falsie. Mata sepet lagi, bida betul pakai maskara sia rasa hehe.

Tapi kalau tu Sasa super dolly tidak payah pakai curler n bikin panjang bulu mata, saya mau try..

Dyana said...

Gunaqz:itu sasa super dolly kan sebenarnya tdk brapa nampak perubahan kepanjangan w/pun dia ckp utk volume n lengthen. yg ZA tu mmg nampak terus kepanjangan dia mcm ko tgk dkat gmbr tu.sebenarnya dkat gmbr tu tak nampak sgt,yg real nampak mcm pakai falsie.sy rasa ko ngam tu ZA yg kasi panjang.ada bah sy nampak org mata sepet sama bulu mata pindik tp cantik mata dia pakai mascara.itu mascara yg bikin nampak mata basar.bah...kalo enda ngam sama ko,jgn mah ko tumbuk sy.hehe

beaty said...

d..sa punya bulu mata kira panjang juga so sa guna tu SG seja..sa suka tu sebab non clumping efek dia..guna sikit saja then noticable suda ni juga..

d ko ada yang eye liner yang waterproof ka? sa sedang mencari yang x mudah luntur ni..ermmm

beaty said...

d tu Beautee ampoulee berapa hg dia tu ahh,,amu servay2 bh ni d

Dyana said...

Gunaqz:sy rasa ko ngam jg tu sasa. Td sy pakai dgn penuh perasaan rupanya dia panjang jg cuma tdk sepanjang ZA.mmg dia mcm magic ni trus melentik tu bulu mata.

Beaty:siuk kan tu sasa.non clumping tu yg sy suka sama tdk perlu kasi curl.automatik dia lentik. yg beautee ampoule tu dlm botol kecil2.1kotak ada 10b0tol rm35.1 botol tu buli pakai 2 kali.ermm..nnt la sy buat entry abis dia bkn pakai setiap hari jg mcm vit c yg lain

beaty said...

em bukan sasa sa pakai sa pakai Silky Girl...so far okey lah

bh ko buat ntry la h..sa mau tingu jua ni

Dyana said...

hehe..sorry beth.mamai2 lg sy tu reply komen.eya tu SG non clumping.dulu sy pakai tu jg tp skrg sy curang sdh lps jumpa yg lebih hensem.hehe

Chii said...

wah...yg ZA tu mcm best pula..tp my all time favorite mascara, kira my HG product la tetap Kji&Co. cuma skrg susa suda mo dpt..dulu ada jual d sasa.

Dyana said...

Chii:hi..ur first visit here kan.oh..ba mari kita share product kesantikan.enda pernah sy dgr tu Kji&Co. Yg ZA tu sebenarnya ada jual primer tapi saya tak beli.kalo pakai sama tu primer lg santik kali.Time sy pakai ni mascara ZA, ada beberapa yg tegur mata sy santik.hehe...mcm pakai bulu mata palsu bah.dkat gmbr enda nampak sgt tu panjang dia.cuma yg tdk best dia clumping.tp sy rasa itu yg buat dia nampak tebal

Grace said...

SG yang atas sekali tu sa suka..ndak clumping and senang mau kasi bersih.
Say big NO to Maybelline. Comot. kalau pakai contact lens lagi, macam ada debris ka residu ka apa masuk mata.pedih oh.Tipu ja yang ada label hypoallergenic ka apa tu.

Wen said...

ba ko review lg byk2 ar..ko kan byk koleksi..hehehehe..setakat ni sa blm jmpa mascara yg menawan hati sa..

Dyana said...

itu sasa bgs tu wen.buli test sana sasa.ko p sana suria,tu male SA dia bgs & very informative

Avocado said...

ZA tu mcm bagus,saya ni super short punya bulu mata...

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com