Thursday, 13 October 2011

Original Rejected Perfume

Lancome, DKNY, Gucci, Burberry, Calvin Klein, Ralph Lauren adalah antara jenama perfume kegemaran ramai. Saya adalah pengumpul tegar perfume berjenama. Pada zaman Univerisiti yang agak sengkek pun saya akan peruntukkan wang untuk membeli 1 botol perfume berjenama setiap tahun. Kalau 100ml EDP tu dalam RM200 ke atas juga. Tidak kisah sengkek yang penting hati happy cium badan yang harum!

Sekarang ini ada berbotol-botol dalam simpanan. Koleksi perfume ini saya beli dengan harga yang lebih murah berbanding harga di kaunter. Kalau anda seorang yang rajin window shopping di facebook, anda akan mendapati banyak kedai online yang menjual original rejected perfume.

Ini perfume branded yang original tetapi telah direject oleh kilang kerana sedikit kecacatan fizikal pada botol. Namanya barang branded cacat sikit dah direject. Pekilang tidak pula membuang terus perfume ini sebaliknya menjualnya dengan harga yang lebih murah. Maka wujudnya istilah 'Original Rejected Perfume' yang harganya 50% - 70% lebih murah berbanding di kaunter.


kena reject sebab line hitam yang tidak smooth. tengok line yang paling bawah



direject kerana terdapat scratch pada perkataan me


Setakat reject yang begituaan tiada efek sama bau. Akhirnya si reject ini menjadi koleksi perfume ku.hehe...



klik sini dan sini untuk perfume tips and guide. Babai....


9 comments:

Aemy Shamy said...

i just have 1 original rejected perfume..burberry sheer brit..i love the scent! ^^

dyanareds said...

Aemy;siuk kan dpt murah.hehe..sy pun paling saya suka perfume burberry brit!

Gunaqz said...

Saya pun gila perfume nih, tapi tidak pernah membeli perfume secara online. Mana kau beli? More tips please? Thank u dyana.

dyanareds said...

kalau sy beli sana fb.ko cr april dazzle.yg 2 perfume di atas tu sy beli sana.biasa dia jual 100ml rm160.tp sy beli raya sales, 2botol rm 220 termasuk postage.sy heppy btul skali dpt ni perfume.murah btul compare d kaunter

Chii said...

minta linkk!!!

dyanareds said...

chii..ko cari sana fb april dazzle

Aki said...

ho ho ho.. si AKi pun mo cari la gini.. :-p

beaty said...

wah wangi si d sampai sini ni..he he he..d sa tada ori parfume ni..he he

erm

bh nanti sa cari kaka c april dazzle tu

Rose Flower said...

Sama lah kalo pasal perfume2 ni mimang sa suka sebab sa suka collect botol2nya. Itu "rejected original perfume" mimang jauh lebih murah dari harga counter. Sa pun ada beli juga ni yang terbaru koleksi sa sexy 212 by Carolina Herrera.

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com