Tuesday, 11 October 2011

Bekas Pensil Pelajar daripada Plastik keropok

Bekas pensil yang diperbuat daripada berpuluh-puluh plastik keropok terbuang menjadi alternatif sebagai tempat menyimpan alat tulis kepada pelajar. Habis plastik-plastik keropok mereka kutip untuk membuat bekas pensil ini. Setiap plastik keropok akan dilipat kecil kemudian disusun dengan kemas baharulah digam/dijahit bersama zip. Bekas pensil ini menjimatkan duit mereka untuk membeli bekas pensil yang terdapat di pasaran di samping menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang seterusnya dapat menjaga alam sekitar.






Bekas pensil ini adalah hasil tangan murid-murid Tahun 4 di sekolah ku. Di komersialkan semasa Minggu Usahawan dengan harga RM5.00. 

Sedikit info mengenai Minggu Usahawan: Pelajar Tahun 4 membuka gerai kecil di sekolah dengan menjual pelbagai barang. Mereka diberi kebebasan untuk memilih barang jualan dan menetapkan strategi pemasaran. Ada pelajar yang menjual nasi lemak (emaknya yang buat), keropok, gula-gula, kentang goreng dan macam-macam lagi. Pelajar-pelajar ini bersaing untuk menghabiskan jualan mereka. Yang melucukan, demi untuk menghabiskan jualan, mereka sanggup menanggung kerugian. Keropok yang sepatutnya dijual RM0.20, dijual dengan harga RM0.10. Bukan setakat itu, buy one free one lagi. Manakah untungnya lagi??? Hehe... tapi tidak apa kerana untung rugi akan dipost mortem selepas itu. Budak-budak Tahun 4 mana kenal untung rugi, yang dia tau barang dia habis dijual,hati pun happy!

11 comments:

Chii said...

that's very creative. thumbs up for creative people :)

dyanareds said...

eya creative kan.lps ni tada la plastik2 keropok di sekolah.semua kena pungut buat pensil case

beaty said...

aik creative juga ni d..sa ingat lagi time dlu budak sikul pungut ni plastik juga buat lapis pinsil ni...he he

dyanareds said...

oh..kasi lapis sj la kalo dulu2?hehe..bgs jg bah kan aktiviti ni

♥ arlen said...

Like the idea! Too creative. (:

Aki said...

hm,paling pantang nampak plastik keropok oh dorang ni.. ha ha ha.. mana tu budak2 pandai tu.. sini si Aki gigit durang.. but then,about business,theyre still poor.. ha ha ha.. dulu si Aki punya cikgu pun surender oh kalau bab2 teknik pemasaran tem skolah.. ha ha ha.. harga pun agak melampau juga la..but still,finish em all.. ha ha ha..

kay masingan said...

wah creative nya. Saya belum tentu boleh buat oh...tahniah pada students ko..:)

dyanareds said...

Arlen:yes very creative

Aki:sy mo imagine ko kutip tu plastik keropok. hehe..lucu bei bdk2 ni.mana ada untung,dorg pandai ja bersaing sapa duluan habis jual.

Kay:hehe..bdk2 yg creative :-)

Gunaqz said...

Wah, sungguh kagum saya sama murid ko yg ilhamkan ini!

Rose Flower said...

Creative nya budak2 tahun 4 tu. Dimana lagi durang dapat idea buat pensil case pakai plastik keropok ni. mo juga sa tingu tutorial buat tu pensil case hehehehehe.....

dyanareds said...

rose:hehe..nnt la sy cuba runding sama ni bdk2.kekeke

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com