Saturday, 10 September 2011

Bah..angkat teacher

Kejadian berlaku di bilik guru. Kebiasaanya, murid-murid suka berkunjung ke meja ku walaupun pada hari bukan Hari Raya. Macam-macam pertanyaan dan urusan mereka dengan aku. Sampaikan baru nak buka mulut suap mee goreng pun tak sempat. Ada je budak melawat. aishhh....rimas juga la ticer ni.


Pada suatu hari seperti biasa sebelum aku masuk kelas, beberapa murid datang dengan niat suci murni mereka untuk menolong aku mengangkat barang-barang ke kelas mereka. 1orang dah angkat buku latihan, 1orang angkat buku RPH, 1 orang angkat handbag ku, tinggal 1 orang lagi kehabisan barang untuk diangkat.


Murid tu pun bertanya.
Murid: Teacher, ada barang lagi untuk diangkat?
Teacher Dyana : Tiada sudah. Angkat la teacher pegi kelas.


Budak tu pun $%@*+#$ bingung sekejap. Mesti dia fikir macam mana nak angkat aku. Budak-budak ni lurus bendul.hehehe.... 

2 comments:

Red Cherry and Avocado said...

ha ha this is funny. What an adorable little kids...

Mama Syabil and Rania said...

hahahhah.. lawak... :)

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com