Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang mempertimbangkan samada memberi bonus 1 setengah bulan atau memberi kenaikan gaji kepada 1.3 juta kakitangan awam. Keputusan untuk kenaikan gaji akan diumumkan menerusi Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Itu pun jika keputusan adalah naik gaji. Kalau tidak disebut dalam Bajet 2012 maka bonus adalah jawapannya.
Apa pula kata anda?
Saya lebih suka jika diberi kenaikan gaji kerana kenaikan gaji adalah berterusan. Walau naik RM100 tapi kalau terkumpul banyak juga. Berbanding dengan bonus, katakan dapat bonus RM3000 saya percaya dalam sekelip mata sahaja duit tersebut habis entah ke mana. Kita semua manusia biasa yang punya bermacam impian dengan duit. Nak beli rim kereta baru, nak beli Samsung Galaxy Tab, handphone baru dsb.
Bermacam spekulasi juga dibuat berkenaan kenaikan gaji. Orang mula membuat spekulasi kos sara hidup akan meningkat setelah kenaikan gaji berikutan kenaikan harga barangan. Pada saya semua itu ada kemungkinan berlaku kerana kita tahu kemurahan hati pihak kerajaan ini bersebab. Untuk meraih undi pada pilihanraya akan datang.
Apa sekalipun, sebagai rakyat biasa kita cuma berharap pihak kerajaan ikhlas dan tulus membantu meringankan beban rakyat dengan kenaikan kos hidup yang mendadak dalam 3 tahun kebelakangan ini.
Why I English
2 months ago
5 comments:
wah d ,,,best gov servant dapat naik gaji,,kami ni private sector..mana ada mcm ni..
hmm..itu sj la org suka keja govt ni.tp takut plak after naik gaji brg pun naik jg.
Trust me, the day gaji naik, no doubt that's also going to be the day semua harga barang naik. Macam last time gaji sektor kerajaan kena kasi naik (tahun 2006 kah itu kalau saya x silap). Itu tidak akan memberi kesan banyak pada yang kena kasi naik gaji, tapi kesian pada orang yg tidak ada kenaikan gaji.
Unless kerajaan buat satu inisiatif kasi tetap kadar gaji minimum untuk semua sektor, kasi revise gaji sektor private juga dan betul2 kasi laksana itu akta kawalan harga, barulah saya setuju.(kalau tanya pendapat saya lah. hehe) Kalau tidak buat begitu, saya rasa kadar inflasi akan semakin melambung. Yang kesian orang yang gajinya tiada naik. Gaji sudahlah sikit, kuasa membeli pun makin kurang. Kesian. Harap-harap kerajaan minta nasihat pakar ekonomi dulu sebelum buat keputusan begini.
(Sorry, komen panjang haha)
Hmm..dorg mau pancing undi ja ni skrg.enda dorg fikir yg lain2 tu Gun.yg di sabah paling kesian la.buli ka hidup kalau gaji salesgirl sana cp rm450 ja.itu la di sabah tada kadar gaji minimum.tapi apa boleh buat.ada ja udang di sebalik mee
wah enak dapat naik gaji.selamat lah
Post a Comment