Wednesday, 21 September 2011

Boleh ka Saya Pasang Highlight?

Kebiasaanya pada hujung minggu atau pada bila-bila masa lapang, kami sekawan akan melepak di rumah Nasa. Rumah Nasa ni memang port kami berkumpul. Urusniaga dibuka seawal 7pagi sehingga lewat malam. Bukan apa, rumah ni dekat bandar KK dan Karamungsing. Senang kami meronggeng di siang malam hari. Awal pagi dah datang cuci kereta ramai-ramai.Sekali cuci dalam 4 kereta. Jiran-jiran tgk je gadis-gadis bergotong royong memcuci kereta. Bisnes bagus katakan.hehe...

So..pada ketika itu, Nasa cakap nak pergi karamungsing beli barang. Kami ikut je la. Nasa ni baru sahaja berjinak-jinak dalam pemanduan kereta. Dia selalu mengharapkan kami untuk drive kereta dia atau dia tumpang kereta kami. Hehe... kami yang tak berapa nak baik ni bukan tak sudi nak drive untuk dia tapi kami nak dia berani dan biasakan diri memandu keretanya yang comel itu.hehe...

Akhirnya, Nasa memandu sendiri keretanya. Kami duduk seperti bos di bahagian penumpang. Sungguh comel Cik Nasa memandu.

Selesai shopping, kami pulang agak lewat kira-kira jam 7 petang. Memang dah gelap. Nasa pun mula memandu keretanya. Kebiasaanya, kami memang tak berhenti bercakap. Ada-ada ja lawak. Cik Nasa ni memang tukang lawak. Nak pecah perut dengar dia bercerita.

Dalam sibuk-sibuk bercerita dan ketawa yang tak berapa nak ayu tu,

Nasa: Boleh ka saya pasang highlight(lampu tinggi)? Gelap sangat la. Saya tak nampak.

Kami pun tengok sekeliling. Memang gelap pun. Lepas tu kami tengok dashboard kereta.
Ops...dashboard kereta pun sangat gelap tanpa apa-apa cahaya. Maksudnya.......


Nasa memang tak pasang lampu sejak dari awal memandu.


Sheila: Nasa...ko tidak pasang lampu pun.

Nasa pun melihat dashboard dan sememangnya dia tak pasang lampu.


Hahaha....kami gelakkan dia. Ada hati nak pasang highlight konon padahal memang tak pasang lampu apa-apa pun.

Haish...nasib baik la drive kat bandar ada lampu tiang kat tepi jalan.Nampak juga kereta dia tu sedang berjalan tanpa mata.

2 comments:

Nasa Danggang said...

haiya.....itupun ko ceta ka...Gara-gara melayan ko orang la tu..sampai lupa nak buka lampu. Huhuhuhu

Dyana said...

muahahaha....pengajaran baitu.jgn perasan mo pasang highlight kalo tak pasang lampu pun. :P

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com