Isnin (Putih)
Warna putih mempunyai tenaga luar biasa untuk memulihkan tenaga dan mood pada hari Isnin yang agak suram dan bosan di tempat kerja.
Selasa (Merah Jambu)
Hari Selasa sering dikaitkan dengan sesuatu yang kurang baik seperti terlalu emosional, cepat marah dan sebagainta. Warna lembut seperti merah jambu mempunyai aura yang romantis dan mampu menyeimbangkan emosi.
Rabu (Biru)
Biru adalah lambang penyembuhan serta dikaitkan dengan keberkesanan komunikasi. Ia memberi kesan komunikasi yang baik nescaya segala-galanya berjalan lancar pada hari tersebut.
Khamis (Kuning / Jingga)
Warna ini adalah warna yang penuh godaan yang membara, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita. Ia menjadikan wanita lebih menggoda.
Jumaat (Hijau)
Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan kedamaian.
Sabtu (Merah)
Pilihan warna merah menyemarakkan mood di malam minggu untuk bersuka ria.
Ahad (Hitam)
Hitam mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang enam hari. Ia ibarat mengecas semula tenaga untuk memulakan hari baru pada minggu berikutnya.
Terdapat 7 warna yang mempunyai frekuensi aura berbeza sepanjang minggu. Jika kita memakai warna yang bertentangan ibarat berjalan melawan arus maka ada sahaja kesukaran dihadapi :))
12 comments:
hmmm...susah mo implemen sbb pakai uniform. hari2 pakai biru. lol.
wow agak menarik..mungkin betul. :)
tapikan lepas baca ni post ko, trus hilang mngantuk sy siiikit sini ofis..hehe
Chii:sy lama sdh tau tp mls jg.mo rajin2 dulu ni.
Mich:Miahahaha...ari ni ari apa? itu lecturer sy mmg ikut kaler by day ooo.ini kajian metafizik ba ni
Best juga ni tips...mungkin ada juga betulnya..tdk rugi kalo mau mencubakan? :-)
ok.. bisuk sy mo pakai baju color biru.. ;)
mahu beli baju kaler biru la ni...supaya communication pun berkesan sja...
Flo:sy pun mo try jg ni
Riz:sy pun mo pakai kaler biru.lol
Cher:buli la try.my lecturer mmg bajunya mengikut warna
sa pakai hijau ni ari d..kemarin sa pakai hitam ni..he he..enta bisuk mau pakai pa lagi..
ok,saya mo implement ini dengan warna boxer saya.. ha ha ha..
biru kah for rabu...adehh 1 saja baju biru saya, itupun batik yang selalu dipakai hari khamis..hehe. Jumaat ni lah pakai baju hijau..nah, saya terpengaruh sudah sama post ko ni dyana...:)
Ada bagus juga tips ni tau. mo try2 praktik dulu ni kalo butul
warna cikit2 pun ok baitu.mcm bunga biru pun asal ada :).bah cuba la kita
Post a Comment