Kerajaan cakap banyak graduan menganggur. Banyak graduan tidak mendapat pekerjaan. Si graduan pula mengadu susah dapat kerja. Si majikan pula cakap susah cari pekerja. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa si majikan tidak bertemu jodoh dengan si graduan yang menganggur dan kenapa pula si graduan tidak bertemu jodoh dengan si majikan? Bukankah mereka saling memenuhi keperluan masing-masing?
Saya tahu ramai graduan yang sedang dalam dilema di luar sana kerana menganggur. Saya pun pernah menganggur semasa baru tamat universiti. Tetapi status penganggur tersebut hanya bertahan selama 1 bulan kerana dalam 1 bulan selepas pulang ke Kota Kinabalu, saya tidak langsung terfikir untuk duduk berehat di rumah sebaliknya saya terus mencari pekerjaan.
Saya memiliki Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan sudah tentunya saya ingin menjadi seorang jurutera. Setiap hari saya beli Daily Express untuk melihat iklan pekerjaan. Asal nampak iklan untuk jurutera, saya terus hantar resume and CV. Dalam 1 bulan tu juga saya menghadiri beberapa sesi temudaga. Menghadiri temudaga memang memenatkan kerana saya perlu bersedia dari segi mental. Maklum budak baru lepas sekolah baru berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan. Nak bercakap pun kena pura-pura yakin walhal tangan terketar-ketar kat bawah meja tapi Saya pegang kata-kata ini 'usaha tangga kejayaan'. Saya fikir kalau saya berusaha mesti akan dapat sesuatu. Ya, genap 1 bulan job hunting, saya telah mendapat pekerjaan. Walau bukan kerja yang saya idamkan tetapi saya tetap gembira kerana saya telah mempunya pekerjaan. Saya sangat gembira!
Pekerjaan pertama saya adalah tutor di sebuah kolej swasta. Tak jadi engineer dapat mengajar subjek kejuruteraan elektrik untuk diploma pun jadi la. At least masih dalam bidang kejuruteraan juga. Dalam Masa itu juga, saya masih sibuk job hunting pekerjaan idaman.
Akhirnya pekerjaan idaman saya dapat! Lebih menggembirakan kerana tempat saya bekerja itu adalah syarikat besar. Kalau saya sebut 100% orang Sabah tahu. Saya sangat gembira untuk sekali lagi. Kegembiraan lebih daripada pekerjaan pertama.
TAPI......rupanya pekerjaan idaman tidaklah semanis yang saya sangka. Saya suka dengan pekerjaan itu tetapi banyak faktor yang membuatkan saya hilang semangat. Bebanan kerja dan faktor orang sekeliling. Saya mula job hunting sekali lagi walaupun saya sedar saya sukar untuk mencari syarikat yang lebih baik disebabkan syarikat saya sekarang adalah antara yang terbesar di Sabah. Tetapi...Sebelum sempat saya menghantar resume dan CV, saya telah mendapat tawaran. Tawaran tersebut saya pohon lama dahulu. Saya sendiri sudah melupakannya dan tidak sangka ia datang pada waktu di mana saya benar-benar perlu bertukar angin.
Dan itulah pekerjaan saya sekarang. Saya tidak lagi job hunting!
Hehe...yang tengah tanam anggur sekarang janganlah pilih kerja. Good things will come next. Yang penting 'usaha tangga kejayaan'!
Why I English
5 weeks ago
5 comments:
penat kan cari keja.hehe
seksa woo...ko ingat ka kita terjumpa sana ofis ko??sy tanam anggur tu.
haha..pernah alami mslh ni..
seriously, sgt penat..
tp now still contract..huhu..
but, nvm..gain experience dulu.. :)
sy pun perna. Penat dan stress,tiap2 hari pikir macam mana kalau tidak dpt kerja within a month.Perna sekali kena tipu oleh satu company. Org penat kerja satu bulan tidak dibayar gaji.sekali dtg ofc one day tu ofc bos sdh lari. Menangis nda berair mata terus. Terpaksa lah minta duit dari parents. Then job hunting kedua bos ni gila pula sudahlah gatal nda bayar KWSP lagi. berenti ja dari sana mahu dekat 3bulan tidak dpt kerja.SEkali dapat kerja yang saya nda suka tapi gembira lah sebab tidak perlu kasi susah parents. Then job hunting lagi utk kerja yg saya suka sekali dapat kerja yang sekrg. Jadi tidak sudah job hunting :) hati pun happy :)
echa:memang kalau br start keja mcm2 dugaan.hehe..
Red Cherry:sian oh...nasib sy tdk jg pernah mcm tu dulu2.sy penat ja cr keja.kadang2 lain iklan sana newspaper,skali dtg lain plak jadi.tp enda pa bah pengalaman semua tu.kalau sdh dpt keja bgs,lega sdh tdk payah hunting2 lg
Post a Comment