Showing posts with label LAWAK. Show all posts
Showing posts with label LAWAK. Show all posts

Wednesday, 21 September 2011

Boleh ka Saya Pasang Highlight?

Kebiasaanya pada hujung minggu atau pada bila-bila masa lapang, kami sekawan akan melepak di rumah Nasa. Rumah Nasa ni memang port kami berkumpul. Urusniaga dibuka seawal 7pagi sehingga lewat malam. Bukan apa, rumah ni dekat bandar KK dan Karamungsing. Senang kami meronggeng di siang malam hari. Awal pagi dah datang cuci kereta ramai-ramai.Sekali cuci dalam 4 kereta. Jiran-jiran tgk je gadis-gadis bergotong royong memcuci kereta. Bisnes bagus katakan.hehe...

So..pada ketika itu, Nasa cakap nak pergi karamungsing beli barang. Kami ikut je la. Nasa ni baru sahaja berjinak-jinak dalam pemanduan kereta. Dia selalu mengharapkan kami untuk drive kereta dia atau dia tumpang kereta kami. Hehe... kami yang tak berapa nak baik ni bukan tak sudi nak drive untuk dia tapi kami nak dia berani dan biasakan diri memandu keretanya yang comel itu.hehe...

Akhirnya, Nasa memandu sendiri keretanya. Kami duduk seperti bos di bahagian penumpang. Sungguh comel Cik Nasa memandu.

Selesai shopping, kami pulang agak lewat kira-kira jam 7 petang. Memang dah gelap. Nasa pun mula memandu keretanya. Kebiasaanya, kami memang tak berhenti bercakap. Ada-ada ja lawak. Cik Nasa ni memang tukang lawak. Nak pecah perut dengar dia bercerita.

Dalam sibuk-sibuk bercerita dan ketawa yang tak berapa nak ayu tu,

Nasa: Boleh ka saya pasang highlight(lampu tinggi)? Gelap sangat la. Saya tak nampak.

Kami pun tengok sekeliling. Memang gelap pun. Lepas tu kami tengok dashboard kereta.
Ops...dashboard kereta pun sangat gelap tanpa apa-apa cahaya. Maksudnya.......


Nasa memang tak pasang lampu sejak dari awal memandu.


Sheila: Nasa...ko tidak pasang lampu pun.

Nasa pun melihat dashboard dan sememangnya dia tak pasang lampu.


Hahaha....kami gelakkan dia. Ada hati nak pasang highlight konon padahal memang tak pasang lampu apa-apa pun.

Haish...nasib baik la drive kat bandar ada lampu tiang kat tepi jalan.Nampak juga kereta dia tu sedang berjalan tanpa mata.

Saturday, 10 September 2011

Kisah Yang sangat memalukan

Memandangkan hot news now pasal tax prepaid, so aku nak cerita pengalaman aku paling memalukan sepanjang-panjang hidup kat dunia ni. Pasal prepaid laini.


Pada suatu hari (tak boleh lari guna ayat ni)...aku urgent sangat nak pakai handphone. Aku try call tapi tak boleh call out. Try banyak kali dah tak dapat juga. Try sms pun tak dapat. Check kredit ada baki lagi kalau tak silap ada dalam RM2 ++. Well...zaman study memangla takda duit. Top up pun RM5 je. 


Memang bengang sangat sebab very urgent nak pakai tapi buat hal pulak si Digi ni. So..aku call HELPLINE Digi. Aku dengan perasaan meluap-luap dengan kemarahan.


Dyana: napa eh...aku call tak dapat, aku sms pun tak dapat.Ada kredit lagi ni (Dengan intonasi menahan marah)


So operator tu minta ic no and my sim kad no untuk check my akaun. Aku tunggu sekejap ja then he replied me back




Operator DIGI: Akaun Cik Dyana memang ada kredit lagi tapi dah expired.(kuang..kuang..kuang)


Oh...malunya aku.Nasib baikla muka tak nampak.Kalau tak aku mesti tulis kat sini "mana nak simpan muka aku'.muahahaha....malunya....


Paling malu sebab bajet nak marah.Pengajaran sangat!

Bah..angkat teacher

Kejadian berlaku di bilik guru. Kebiasaanya, murid-murid suka berkunjung ke meja ku walaupun pada hari bukan Hari Raya. Macam-macam pertanyaan dan urusan mereka dengan aku. Sampaikan baru nak buka mulut suap mee goreng pun tak sempat. Ada je budak melawat. aishhh....rimas juga la ticer ni.


Pada suatu hari seperti biasa sebelum aku masuk kelas, beberapa murid datang dengan niat suci murni mereka untuk menolong aku mengangkat barang-barang ke kelas mereka. 1orang dah angkat buku latihan, 1orang angkat buku RPH, 1 orang angkat handbag ku, tinggal 1 orang lagi kehabisan barang untuk diangkat.


Murid tu pun bertanya.
Murid: Teacher, ada barang lagi untuk diangkat?
Teacher Dyana : Tiada sudah. Angkat la teacher pegi kelas.


Budak tu pun $%@*+#$ bingung sekejap. Mesti dia fikir macam mana nak angkat aku. Budak-budak ni lurus bendul.hehehe.... 
 

Blog Template by BloggerCandy.com