OOO...bukan masakan ku tuh!!! Gambar sekadar hiasan pinjam dari uncle Google. Nak cerita pengalaman si penggila2 tomyam di KK. Hah..dulu2 time baru balik KK order tomyam macam hampeh jak sebab rasa dia tak sedap seperti di semenanjung.Lidah sudah terbiasa rasa tomyam sana. Ngee... Lama2 tu jumpa kawan2 kerja yang gila tomyam then suggest tempat best. Finally, jumpa juga tomyam yang sedap kat KK.
1) Wan Wan
Ahhh...siapa2 yang minat tomyam mustahil tidak pernah makan tomyam kat sini. Perghh...terbaik dari ladang. Tomyam dia jenis letak susu. Sedap....pergi sekali mesti nak lagi. Restoran ni Chinese punya tapi ada sign "SERVE NO PORK". Ramai juga yang pakai tudung makan kat sini. Sentiasa penuh. Kalau pegi time peak hour (lunch hour) kena tunggu sekejap kat luar tunggu meja kosong. Yang best, pekerja dia akan book tempat untuk kita. So takda la kena book sendiri meja. Service memang baik. Tempat??? Kat Bundusan. Harga macam biasalah harga restoran.
2) Nam Nak Thai
Errmm...not sure ejaan dia. Yang restoran Thai di Api2 sebaris dengan CIMB bank. Ahh....ini memang original tomyam Thai. Tomyam putih. Sedap....tapi agak pricey la.But worth the money.
3)Norita Tomyam
Ini pun tempat kaki2 tomyam selalu pergi. Jalan Tuaran Batu 3/4.Tomyam merah tiada susu.Harga restoran biasa.
Setakat itu je restoran tomyam yang selalu dilawati. Tak nak order tomyam tempat lain sebab mesti frust. Nak masak sendiri lagi la frust.Uhuks...
Ok Bai..