SilkyGirl Double Intense
Efek sederhana di mana hanya sedikit sahaja perubahan yang ketara pada bulu mata selepas sapuan walaupun disapu berkali-kali. Kelebihannya ialah mascara ini non clumping maksudnya ia tidak membuatkan bulu mata melekat di antara satu sama lain. Zaman Silkygirl saya telah berlalu!
Sasa Super Dolly

Sasa Super Dolly ini sangat senang untuk dipakai. Anda tidak memerlukan curler untuk melentikkan bulu mata. Ini kerana selepas beberapa saat, bulu mata dengan sendirinya akan melentik seperti suatu keajaiban. Ia juga non clumping. Bulu mata tak melekat dan kelihatan sangat kemas.
Begini jadinya guna Sasa Super Dolly
Za Impact Lash Mascara
New mascara range from ZA! Perlu curler untuk melentikkan bulu mata terlebih dahulu. Efek sangat dramatik, lebih kurang seperti memakai bulu mata palsu. Bulu mata ketara panjang dan lebat. Keburukan dia ialah mascara ini jenis clumping. Saya perlu berus bulu mata untuk menceraikan bulu yang melekat. So proses untuk memakai agak leceh.
![]() |
| Bulu mata ketara panjang dan lebat seperti memakai bulu mata palsu |
Pilihan saya ialah ZA Impact Lash. Ia membuatkan bulu mata saya kelihatan panjang, lebat dan menonjol. Namun ada masa juga saya sukakan Sasa Super Dolly kerana kesenangan untuk memakainya terutamanya selepas bangun lambat.











