Saturday 3 December 2011

Tomyam


OOO...bukan masakan ku tuh!!! Gambar sekadar hiasan pinjam dari uncle Google. Nak cerita pengalaman si penggila2 tomyam di KK. Hah..dulu2 time baru balik KK order tomyam macam hampeh jak sebab rasa dia tak sedap seperti di semenanjung.Lidah sudah terbiasa rasa tomyam sana. Ngee... Lama2 tu jumpa kawan2 kerja yang gila tomyam then suggest tempat best. Finally, jumpa juga tomyam yang sedap kat KK. 

1) Wan Wan
Ahhh...siapa2 yang minat tomyam mustahil tidak pernah makan tomyam kat sini. Perghh...terbaik dari ladang. Tomyam dia jenis letak susu. Sedap....pergi sekali mesti nak lagi. Restoran ni Chinese punya tapi ada sign "SERVE NO PORK". Ramai juga yang pakai tudung makan kat sini. Sentiasa penuh. Kalau pegi time peak hour (lunch hour) kena tunggu sekejap kat luar tunggu meja kosong. Yang best, pekerja dia akan book tempat untuk kita. So takda la kena book sendiri meja. Service memang baik. Tempat??? Kat Bundusan. Harga macam biasalah harga restoran.

2) Nam Nak Thai
Errmm...not sure ejaan dia. Yang restoran Thai di Api2 sebaris dengan CIMB bank. Ahh....ini memang original tomyam Thai. Tomyam putih. Sedap....tapi agak pricey la.But worth the money.

3)Norita Tomyam
Ini pun tempat kaki2 tomyam selalu pergi. Jalan Tuaran Batu 3/4.Tomyam merah tiada susu.Harga restoran biasa.


Setakat itu je restoran tomyam yang selalu dilawati. Tak nak order tomyam tempat lain sebab mesti frust. Nak masak sendiri lagi la frust.Uhuks...

Ok Bai..


13 comments:

Gunaqz said...

Thai restauran di Api-Api saya pernah kerja part time masa masih student dulu. Memang sedap makanan sana. Saya kerja sekejap jak tapi. Saya benci itu chef dari Thailand yang memaksa betul mo bercinta sama dia. Padahal saya tidak mau. Bukan type saya bei.

Tomyam memang kegemaran ramai. Tom yam kung yang paling sedap. hehe

Dyana said...

wahh...ramai peminat si Gun plak.hehe...eya sedap sana restoran Thai.sedap btul tp enda buli selalu takut kna gastrik

♛RaRa♛ said...

saya suka makan tomyam>,< wuu terliur plak tgok gambo tom yam kat atas nih >,<

Dyana said...

Rara:sedap...:-)

v said...

teringin nak ke kk..

Dyana said...

V:dtg la. :-)

kay masingan said...

saya suka wan wan restaurant tp bukan tom yam sebaliknya sup ikan. Dulu saya penggemar norita tomyam. Selalu mkn sana sbb dkt ngan rumah sewa.

Dyana said...

Kay:sy pun suka sup ikan.jadi bila p wan2 50-50 mo tomyam or sup ikan coz both sedap.hehe...norita mcm semenanjung punya tomyam rasa dia

Avocado said...

sedap kan Tom Yum, saya pun suka Tom Yum. Saya suka makan yg sini sekamat sedap tapi petang baru kedai buka and selalu saja penuh.

Rose Flower said...

Sa nampak tu gambar tomyam sa ingat ko yang masak mo kasi promote hehehehe...sa pun suka makan tomyam di wan2 tapi yang dua lagi tempat ko recommend tu sa belum cuba lagi. Ada satu juga sa selalu juga p mkn tomyam dia di hilltop kami panggil kadai si janggut sebab boss dia berjanggut buli tahan juga ada fight sama wan2 sana tu selalu waiting list juga orang

beaty said...

sa pun peminat tom yam ni..bh dlam semua tu lum pernah lagi sa p makan semua..nanti sa p la kio..thnks kasi share

Dyana said...

err..enda sadap kalo sy yg msk tomyam.mo polish dulula.ala..mana tu hilltop?enda pernah dgr tp kalo si janggut sy pernah dgr la.bos uncle sy tukang masak sana.hahahaha...

Dyana said...

Beaty:yang kena kasi list tu mmg area tomyam hunting.ko try di wan2 la dulu.1 KK mmg mkn sana.hehe

Cher:sedap kan kalo di semenanjung tu byk tmpt yg sedap.Di KK susah mo cr.Kalo order kedai biasa2 lain tu rasanya.mcm masakan sendiri yg enda sedap.mcm masakan sy.ehh

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com